Wednesday, June 01, 2005

SEJARAH S.M.K TAMAN SETIAWANGSA

PENUBUHAN AWAL :
- SMKTSW telah diserahkan pada 15.11.1997 kepada Puan Pengetua Azizah bt. Saad oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.-Pelajar Tingkatan 1 yang mula-mula mendaftar di SMKTSW pada 17 hingga 19. 11.1997.-Terdapat 13 buah kelas Ting 1 & seramai 460 orang pelajar ketika itu-Tahun 1998 SMKTS telah menerima sebanyak 29 orang pelajar PKBP serta 5 orang guru.

S.Biro :
-Pendidikan.
-Komputer.
-Pembangunan sahsiah.
-Kebajikan.
-Keceriaan,
-Kebudayaan,
-kesenian.

MATLAMAT & VISI SEKOLAH
MATLAMAT KAMI MELAHIRKAN PELAJAR YANG :
1: CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK&KOKURIKULUM
2: BERSAHSIAH MULIA&BERKETERAMPILAN
3: BERSEMANGAT PATRIOTISME
4: KOMITED TERHADAP SEKOLAH&ALAM SEKITAR

MOTTO SEKOLAH
:
SEKOLAH CANTIK PELAJAR DINAMIK

PENGISIAN SEKOLAH

PENDAHULUAN

Sekolah ini dibekalkan dengan bangunan empat tingkat serta makmal-makmal khusus seperti makmal kimia,fizik,biologi,computer,bengkel kemahiran hidup(ERT,KMT),bilik sakit&rawatan,koperasi,S/u peperiksaan,bilik pengawas dan disiplin,bilik kaunselor,pusat sumber dan pejabat.Jawatan kuasa juga dibentuk antaranya ;
1: JK.PERHIMPUNAN
2: JK.KEBERSIHAN KELAS
3: JK.KANTIN
4: JK.KEBERSIHAN&KECERIAAN KWSN SEKOLAH
5: JK.KAWALAN PAGAR
6: JK.PENGUMUMAN
7: JK.BILIK RAWATAN SAKIT
8: JK. KEBERSIHAN TANDAS
9: JK.PENYELENGGARAAN PERABOT&PEMBANGUNAN
10: JK.PONTENG KELAS
Hampir semua guru telah memikul tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi kerana dapat dilihat hasil yang diusahakan oleh jawatankuasa ini.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengetua telah mengambil inisiatif mengadakan Perasmian Pusat Sumber Sekolah yang Dirasmikan oleh YANG BERHORMAT DATUK DR.HAJI KAMAL SALIH,Ahli parlimen Wangsa Maju.YB telah berjanji untuk memberi 3 buah komputer kepada sekolah disamping televisyen,video,OHP,radio,dan alat perakam.